|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 08:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ KenanGaN TeRinDaH
|
|
dok kemas drawer kat off, adalah beberapa cdrw tselit celah2 tue....tgk rupenya ada sume gamba2 lama....gamba zue kawin...dada kawin....konvokesyen...cam2 lah ada...ermmm....tingat lak zmn2 blaja dlu....slalu tumpang dada p class....zue+ shaf department lain...ila dah kerja masa tue....kemana2 saje kami akan blima....winduuu bangat....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 08:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@WasiaT BuaT IsteRi TerSaYanG
|
|
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 05:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@TinGGaL KenanGaN
|
|
gamba nie dah lama amik...ms time posa thn lps...utk kad raya digital....hehehe...tggl kenangan je lah....ptengahan bln mei me dah x kerja situ agi....so me ucapkn tima kasih byk2 kat sume lecturer yg tlibat scara langsung @ tak slama me bkerja di situ....
| Code: | | cuba cari me kat ner? |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 01:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ Al-Fatihah
|
|
pagi td on d way p kerja dgr radio hotfm...DJ faisal ismail kehilangan anak lelakinye yg baru b'usia 12 hari...tiba2 sebak jer hati ni dgr pdengar2 jotfm call bg semangat kat FBI....drive sowang2 ati ni t'usik lak dgr citer cam nie...ermm me yg x de baby pun leh rs sedih taw apatah lg ibunye kan...sedih sey...smoga keluarga arwah mnerima ketentuan dr-Nya....Al-Fatihah.....
hayati cite nie....
Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya
A'kum w.b.t...
Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan, akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.
Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.
Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.
Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!
Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.
Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.
Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.
Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Apr-2008 03:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ SpeCiaL enTRy 4 DaNia
|
|
nanti bila dania dah besar...dah pndai guna computer+internet leh tgk FP mummy ida k...hehehe..tribute buat umi&abah dania...
mummy ida kenal ngan umi dania dah lama taw...bthn2 gitu...my bestfren 4ever....dr zmn lps SPM smpai lah abih degree smbg kerja sama2....abah ngan umi dania bcinta pun sama2 cam mummy gak...hehehe....konon setialah kan...hahaha..bab setia tu dania kena ikut cam mummy & umi taw.....kami share everything...dok srumah+share sblk+tido stilam+cam2 agi...suka benda yg sama....fesyen yg sama...x caya nanti tny umi sdiri k
abah dania suka wat lawak antarabangsa....suka wat surprise kat umi dania taw...mummy ida gak lah yg jd mangsa btul kan amir? susah nak surprise umi dania psl mesti dia dpt agak....hehehe
erm but now umi&abah dania dah dok kat melaka...jauh skit lah mummy ida nak p mlawat kan....rindu bangat sama lu....rindu zmn ronggengan kita....rindu nak bgossip...hahaha....frens 4ever k
| Code: | | weh sorry r x de gamba lain nak letak |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Apr-2008 02:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ SeDiH Sey
|
|
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa
anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak.
Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila
isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum
ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.
Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh
suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok
masa kat Legacy dulu tu…"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari
keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di
hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.
Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak
minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak
jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke
kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil
hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan
rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula
untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka
malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang
menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu
sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil
tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok.
Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum
sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah
papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu
marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi
nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa
marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla
kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok
anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu
tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada
saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup
dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang
bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di
halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton
dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca
pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam
menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi
cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam
sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila
tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat
gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari
A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi
akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan
bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun
bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia
mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja
hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik
alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,"
ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila
bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang
anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak
sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma
perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.
Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan
anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila
Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan
air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala
kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke
sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata
apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi
sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak
bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan
anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik!
Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di
halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di
bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada
kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Apr-2008 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ Exam aRi Nie
|
|
Ya Allah mudah-mudahan sume studentku leh jwb exam ari nie dgn tenangnye...amin...
huhuhu takut sey....ari nie exam bg paper me ngajar...mintak2 lah soalan senang...cian kat depa klau x dpt jwb..hehehe...erm so ape aku wat ari nie? hehehe sempat agi edit gamba...try lak wat buku scrap...digital scrapbooking....sronok sey...time2 nie jelah leh wat...ptg kang paper dah msk blk mmg x de masa lah...
ermmm lps nie dah x ngajar dah....sedih lak...no more pn ida in d house k....no more ngomel2 kat dlm class agi...alhamdulillah at least sthn gak lah ngajar sini.....ku tabur jasaku yg x sberapa nie....hehehe...nextmonth berangkat lak kerja di tmpt lain......dgn kata lain me ikut hubby...yea yea yea...
| Code: | | x de idea sey...entah jd ape x tau...cubaan kali ptama |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 05:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ Sebab wanita lebih cepat nampak tua
|
|
mungkin ada yg btul...mungkin ada yg tak....entahlah...
Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap
isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda
semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya
isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan
sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa
makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2
xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan
x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan
amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat
betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido
mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun,
malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh
kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah
muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu
guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik
kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang
kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak
ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter,
so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI
atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan
isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda
perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu
melakukan seperti dia..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 04:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ IKea
|
|
kbetulan weekend lps hubby x kerja so amik pluang p lak ikea...suka tgk2 perabot kat situ taw...hehehe...berangan je lebih.....x pe dr berangan tu ada intensif nak budget li brg kan...hehehe....dah tgk2 brg tu lapo lak...apo lagi p singgah cafe ikea...try mkn Swedish meatballs+Daim cake...pelik mkn meatball ngan lingonberry jam tp leh thn gak lah sdap...Daim cake tu mmg sdap+manis amat...hehehe
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 04:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--<@ Rasulullah SAW
|
|
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin...
|
|
|
|
|